Sinopsis Perancangan KBPSB

Koperasi Bekas Polis Selangor Berhad ( KBPSB ) mengambil langkah menstruktur semula semua organisasi dalam Jabatan dan Pentadbiran bagi melicinkan usaha kearah Pentadbiran yang cekap dan berhemah.

KBPSB menyusun semula jenis perniagaan dan program yang telah dijalankan sebelum ini serta memansuhkan mana-mana aktiviti yang tidak mengikut peraturan dan perundangan. KBPSB akan menilai semula kredibiliti semua kakitangan mengikut kemampuan, kemahiran, pengalaman dan kelulusan untuk mewujudkan satu struktur pentadbiran tenaga kerja yang cekap dan berdaya saing.

KBPSB telah memilih satu perniagaan utama untuk dimajukan dan dibangunkan dalam suasana global iaitu bidang AUTOMOTIF. Pada 31/3/2010 KBPSB telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan sebuah syarikat Pengimport Minyak daripada Negara Iran. Syarikat ini telah melantik KBPSB sebagai Pengedar Tunggal minyak pelincir berjenama BEHRAN ke seluruh Malaysia.

KBPSB merangka strategi yang unik bagi memenuhi perlantikan ini dengan mewujudkan satu kaedah pemasaran menyeluruh. KBPSB mengambil inisiatif menubuhkan Konsortium Usahawan Bengkel Satu Malaysia dalam bentuk rangkaian yang dipanggil BEHRAN MEDICAR CENTRE.

Konsep ini akan di seragamkan ke seluruh Malaysia melalui pengurusan koperasi dengan pelbagai faedah dan manfaat yang disediakan kepada pengusaha bengkel yang menyertai rangkaian ini. KBPSB akan menjaga kebajikan pengusaha bengkel sebagai pengantara dengan kerajaan, badan korporat, pertubuhan atau organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.

KBPSB mensasarkan jualan minyak pelincir berjenama BEHRAN ke 200 bengkel di seluruh negeri Selangor dalam masa 3 bulan dan akan memperolehi nilai dagangan sehingga RM1,000,000.00 sebulan. KBPSB akan meluaskan pasaran ke seluruh Semenanjung Malaysia secara berperingkat.

KBPSB dari masa ke semasa akan menambah dan mempelbagaikan produk jualan kepada umum sebagai langkah memperluaskan sumber ekonomi dan pendapatan.

MAKLUMAT PRODUK

  1. Minyak Pelincir Kenderaan 
  2. Pelekat Kenderaan
  3. Lencana Bumper Kereta
  4. Lencana Baju Berlogo
  5. Baju Korporat
  6. T-Shirt Berlogo
  7. Topi Berlogo
  8. Payung Berlogo
  9. Jam Meja Digital
  10. Rantai Kunci

MAKLUMAT PERKHIDMATAN

  1. Bayaran Saman Trafik Berdiskaun*
  2. Pinjaman Peribadi
  3. Pinjaman Kenderaan
  4. Pinjaman Perumahan
  5. Pinjaman Semula ( Refinancing ) Rumah / Kereta
  6. Jualan Kereta Baru dan Terpakai
  7. Jualan Rumah Lelong

BEKALAN MINYAK PELINCIR JENAMA BEHRAN OIL

 

SYARAT DAN KELAYAKAN MEMOHON BEKALAN

1. Warganegara Malaysia 

2. Mempunyai bengkel sendiri atau menyewa

3. Mempunya daftar perniagaan yang masih hidup

4. Membayar fee perkhidmatan

FAEDAH PENYERTAAN

Individu 

1. Khairat kematian RM3,000.00

2. Perlindungan Insuran Kemalangan RM50,000.00

Perniagaan

1.  Kredit bekalan minyak sehingga RM5,000.00

2.  Tempoh kredit sehingga 30 hari

3.  Pakaian seragam percuma

4.  Cenderahati pelanggan percuma

5.  Tersenarai dalam laman web koperasi

6.  Tersenarai dalam majalah koperasi

7.  Mendapat rujukan pelanggan

8.  Publisiti tempatan*

9.  Perkhidmatan towing kereta*

10. Sijil penyertaan

11. Sijil pengiktirafan bengkel cemerlang*

CARA PENYERTAAN

1. Lengkapkan borang permohonan dibawah

2. Sediakan salinan :- e-mailkan ke koperasipolis@yahoo.com

            a. Kad Pengenalan pengusaha bengkel

            b. Lesen Perniagaan

            c. Surat perjanjian sewa / sewa beli premis

MOHON BEKALAN